Monday, May 2, 2011

OMG!

Assalamualikum semua!

Hari ini abang saya cabar saya kalau saya dapat turunkan berat badan dari 100 ke 80 dalam masa 3 bulan.
and guess what hadiahnya apa?
*contoh semata-mata
tak kesah la which BB asalkan ia ialah BLACKBERRY!

serious, memang terkejut tahap gaban lah tadi bila abang saya buat betting macam tadi. Macam tak percaya pun ada gak tapi he said it's for real and for sure lah kan saya ambil cabaran dia. 






antara bukti-bukti yang akan digunakan bila tiba hujung bulan 8 nanti.

WISH ME LUCK GUYS!

Thursday, April 14, 2011

Life must go on

Assalamualaikum.


Hari ini saya nak bercerita kisah percintaan saya yang sudah berakhir. Betullah cakap orang, kalau sayang seseorang itu,jangan sayang sangat nanti kita yang terluka. Dulu tak nak percaya dengan quote ini tapi bila sudah terjadi pada diri sendiri memang ada betulnya. Tepat pada 1 tahun 3 bulan hubungan kami, si dia memutuskan bahawa hubungan kami hanya setakat ini sahaja. Si dia tidak memutuskan dengan lisan tetapi dengan perbuatan. Kami putus macam itu saja. I just assumed he dumped me. Saya ditinggalkan begitu saja atau bahasa kasarnya ditinggal bodoh. Memang sedih,kecewa dan bodoh saya rasa masa itu. Setelah apa yang saya korbankan, beri pada dia,rasa seolah-olah saya tak dihargai. Berhari-hari saya cuba untuk melupakan si dia dan berhari-hari jugalah air mata ini tumpah. Namun saya bersyukur sebab ada Ellie dan Khairi disamping saya untuk memberikan semangat. Memang dari mata orang luar saya nampak happy namun rahsia dalam hati siapa yang tahu. 


2 minggu saya cuba melupakan si dia. Saya makin dekatkan diri kepada Allah sebab saya tahu hanya DIA sahaja yang mengerti perasaan saya ketika itu. Ellie pun berusaha untuk mengembalikan semangat saya yang saya sendiri tak tahu dimana. Khairi menjadi tempat saya meluahkan segala perasaan. Khairi dan Elda suruh saya menyibukkan diri so that saya tak ingat akan si dia. So atas jasa baik Tya meminjamkan saya broadband dia, saya menyibukkan diri dengan chatting dan search more about how to overcome broken-hearted in good way. Suprisingly saya banyak buka site-site yang keagamaan macam http://www.iluvislam.com/ dan http://ohislam.com/ . Saya tak tahu mengapa tapi lepas saya bukak laman-laman tersebut dan membaca artikal-artikal yang ada disitu membuatkan saya lupakan si dia. At the same time, saya bertemu dengan kawan-kawan baru membuatkan lagi saya lupa akan si dia.


so awak,
saya tak tahulah sebenarnya apa yang awak mahukan lagi. saya dah berusaha memberikan yang terbaik untuk awak tapi awak masih lagi tak cukup dengan apa yang awak dapat. tapi tindakan awak dumped me is just so mean but it's okay. pernah dengar word "Karma"? what goes around comes around dear. so saya sudah tak nak dengar apa-apa lagi dari awak. cukup la sampai disini sahaja. Saya lepaskan awak pergi dan jangan cari saya lagi bila awak susah. kalau awak rasa awak ada hutang saya apa-apa silalah jelaskan ye. saya harap awak faham-faham je la. saya bukan nak berdendam dengan awak tapi awak membuatkan hati saya terluka sangat-sangat dan saya minta maaf sebab buat masa sekarang ini saya masih lagi tak dapat nak maafkan awak atas apa yang awak dah lakukan dekat saya :) so renung-renungkan la ye


till thennn,





Monday, April 4, 2011

Kawan Susah Senang

Assalamualaikum semua!


cik ellie saya =D


Kawan. Apa erti kawan bagi anda? Bagi saya kawan seorang yang boleh saya percayai,yang boleh saya cerita semua benda dekat dia, kawan masa saya susah senang dan bukan yang kawan makan kawan. Ingat lagi masa awal-awal masuk kolej. Risau tak dapat jumpa kawan macam BFF saya, Aza dan Fara. Tapi akhirnya saya jumpa juga. Nama dia Nor Elda Elissa bt Mohd Fauzi. (sedapkan nama dia? =D) Seorang yang sangat baik. Totally baik. Sampai orang buli dia pun dia boleh ketawa lagi. Motto hidup dia(dari pandangan saya -___-"), " Biar dia derita asalkan orang lain bahagia" =__=" ada orang macam ini kan? Seriously kadang-kadang geram gak dengan dia sebab terlalu berlembut dengan orang sampai orang boleh buli dia suka suki je. 


Sebenarnya saya tak ingatlah bila saya start kenal dia. Tapi sebab dia ini bekaskawan baik housemate saya, so i guess dari situ saya kenal dia. Ingat lagi masa kitaorang ragging dia masa dia mula-mula masuk kolej. Oh ya, fyi dia junior saya 1 sem tapi kita orang sebaya (macam mana tuh? renung-renungkan dan selamat beramal! eh selamat berfikir XD). Masa kita orang ragging dia tuh, kita orang ajak dia BERJALAN dari Tasik Titiwangsa sampai ke KLCC malam-malam buta okayy. haha. (korang mesti cakap,alah dekat je. Cakap bolehlah. Cuba try test tengok jauh ke tak) Masa tuh tak kenal dia lagi. So on the way nak ke KLCC, saya tanyalah dia siapa nama. Dia balas Elda(on that time saya dengar A-da. hee XD) pastu saya tanya lagi, nama penuh(budget macam senior gila nih X_X") dia pun reply Nor Elda Elissa. So dari situ bermulalah satu persahabatan. ececeh! ayat tak boleh blahh! 


Tapi saya start rapat dengan dia sejak saya dan dia ada problem dengan kawan rumah saya yang lain. Tak tahulah sebenarnya siapa yang betul or siapa yang salah tapi Cik Ellie ini dituduh buat something-which-i-can't-tell-you. Masa itu saya memang ada problem dengan housemate lain. So kami tak seteru dengan housemates membuatkan kami berkongsi apa-apa saja masalah kami. 1 kelebihan Cik Ellie ini dia seorang yang pandai simpan rahsia. So memang banyak rahsia yang saya cakap dekat dia. Saya cerita semua dekat dia dan dia pun cerita semua dekat saya. Sedih,kelakar,rahsia, boyfriend. semua saya cerita dekat dia.


Tapi sejak akhir-akhir ini saya banyak menangis and dia dapat detect walaupun saya cuba sorokkan apa yang saya lalui. Susah nak sorokkan apa-apa dari dia sebab dia pandai korek rahsia sampai saya cerita semuanya dekat dia. Kalau saya nangis,mesti dia nangis sekali. Kalau saya gembira,dia pun gembira. Sebab tuh sekarang ini saya suka protect dia lebih-lebih lagi kalau ada orang cuba nak buli dia. Sebab saya tak nak dia sedih sebab saya dah jangkit penyakit dia. Penyakit yang dinamakan " You cry, I cry" hee :D so kalau dia sedih,saya pun sedih. 


Dear Ellie,
Thanks sebab ada dengan quya masa quya susah dan masa quya senang. Memang tak percaya kita boleh lalui bersama-sama lepas apa yang berlaku kan? Masa tu memang quya boleh nampak siapa kawan siapa bukan. Dan sememangnya quya bersyukur dapat kawan macam Ellie. Sorry kalau quya kadang-kadang(macam selalu je) marah, moody dekat Ellie. Tak tahu kenapa la awak >____<" Sorry kalau Ellie ada terkecik ke terbesar hati dengan quya. Kadang-kadang quya tak perasan quya dah tersaketkan hati awak. Ellie memang seorang yang sangat baik dan congrats sebab awak sudah naik level dari kawan ke BFF saya! Sayanggggggggggggggg Ellie!





Till then,
Assalamualaikum :)


p/s: Saya sorang je panggil dia Ellie. Itu pun dapat ilham lepas tengok cerita pocoyo dengan Iqi. Pada siapa-siapa yang tak tahu Ellie tu siapa,meh saya bagitau. Ellie dalam pocoyo tuh ialah seekor gajah yang berwarna pink yang sangat comel. Saya tak tahu kenapa bila tengok ellie pink tuh saya ingat dekat NOR ELDA ELISSA. haha. Jangan marah Ellie!

Sunday, February 27, 2011

Fitness First

Assalamualaikum semua!


Sorry sebab lama dah tak update bloggie. Sekarang saya ada hobi baru. itu yang membuatkan saya semakin susah untuk update bloggie. Hobi baru? hobi apa? hehe. I don't know lah it is a trend or what tapi saya dan beberapa budak KLMU sekarang banyak menghabiskan masa dekat Fitness First. Fitness First? Apa itu? tak pernah dengar? Untuk mengetahuan semua Fitness First atau dipanggil FF dikalangan kami ialah sebuah gym. Hari Isnin minggu lepas ikut Cik Elda pergi FF. Memang dah niat nak join FF ini lama dah cuma faktor kewangan tidak mengizinkan. Tapi bulan Februari ini,FF ada buat promosi. Selalunya yuran untuk menyertai FF ini lebih kurang RM500++ tapi disebabkan ada promosi, yuran untuk bulan ini hanya RM 250 - RM 275. Seriously memang murah gila kalau join sekarang. Itu yang kalau pergi FF,asyik - asyik jumpa budak KLMU. So ikut Cik Elda untuk jumpa dengan Usher(bukan usher penyanyi itu ye, ini usher lain C: ). So mula-mula Usher tanya pasal diri sendiri, kenapa berminat untuk join FF ini semua, kiranya apa motif join FF ini. Terus teranglah saya cakap,saya mengalami masalah Obesity yang teruk. Dah macam-macam saya buat. Diet lah, makan ubat itu ini lah tapi still tak turun gak berat badan ini. Sejak masuk kolej ini,kesedaran untuk mengecilkan tubuh badan makin terasa. Mana taknya, orang lain senang je cari baju dekat Times Square tu. Dah lah murah-murah baju dekat situ. Siapa yang tak nak kan? lagipun usia pun dah meningkat. Dah makin dewasa. Perasaan ingin cantik itu membuak-buak. Terus terang saya rasa cemburu tengok orang pakai cantik-cantik ini. So lepas dah terangkan semua and Usher pun dah set-kan target bulan berapa saya kena jadikan berat badan saya kepada berat badan ideal. At the same time,Usher ada motivate saya juga. Rupa-rupanya dulu Usher pun mengalami masalah berat badan. Maybe sama kot dengan berat badan saya sekarang ini. Terkejut tengok gambar yang Usher bagi itu. Mula-mula tak percaya tapi bila tengok betul-betul,memang betul tu Usher. So sekarang azam tahun baru nak kurangkan berat badan, nak sihat macam orang lain, nak beli baju banyak-banyak and nak cari peneman hidup. ececehh. mr.A nak campak kat mana? haha


Till then,
Assalamualaikum C:

Wednesday, February 16, 2011

the so-expired-eyeliner-contest and senyum tak nampak gigi contest

Hellowyellow mashmellow!


it have been awhile saya tak update blog ni kan? so sorry cik bloggie, saya tak ada internet connection so macam mana saya nak update. Anyway, hari tu saya dah selesaikan segala hutang-hutang berukband saya dekat Maxis Center. Hutang tak banyak pun tapi liat nak bayar. hehe. Tapi hari tu tergerak hati( kononnya tergerak hati padahal orang maxis tu dah call banyak kali dah. haha) nak pergi bayar hutang yang tertunggak tu. So minta tolong housemate saya, Cik Tya temankan saya pergi bayar bil dekat Maju Junction ( dekat saja dengan kolej tapi malas tahap gaban nak pergi bayar :D). Then selepas bayar yang hanya mengambil masa lebih kurang 5 minit, akak maxis center tu cakap nanti kena call Maxis HQ sebab nak activekan balik berukband saya yang dah di-suspended oleh Maxis (padan muka >.


anyway, back to the topic, saya tahu contest ni dah habis tempoh dah tapi saya still nak post juga sebab mama saya dah tagged saya and saya rasa sedikit bersalah sebab tak tulis pasal contest ini. so mama, see this ^_^


ignore the book please ._."

Okay. now move to new contest yang dianjurkan sendiri oleh mama saya, Muazatul Adawiyyah. Bagi mama saya,dia lebih selesa senyum nampak gigi dan dia memang sesuai senyum nampak gigi tapi bagi saya pula, saya lebih selesa senyum tak nampak gigi. Tak tahulah sebab apa tapi kalau awak semua di bagi peluang untuk tengok folder gambar vain saya dalam laptop ini,most of the pictures saya senyum tak nampak gigi. sejak azali kot senyum tak nampak gigi. walaupun setiap tahun,setiap kali ambil gambar raya seorang,mak mesti tegur," adik jangan senyum macam tu,senyum nampak gigi sikit. baru cantik" but at the end,saya still senyum tak nampak gigi walaupun dah berusaha untuk senyum nampak gigi. mungkin motif utama senyum tak nampak gigi sebab nak nampakkan lesung pipit saya yang mahalkecik ni. haha. anyway,here are the pictures.



 ehh mama! tunggu dulu! ada gambar lagi ni. C:







last but not least..

so pick me ye mama! haha! you have to and i mean it! muahaha >:) haha nahh. just joking. By looking at all the comments(469 comments and counting..)i don't even know if i stand a chance to win the prize but who knows luck is in my side, right? ^_^

So sekarang 5 orang yang bertuah yang akan di-tagged oleh saya ialah:
.
.
.
.
.
(drum roll pleaseeeeeee!)
.
.
.
.
.
.
Best of luck you guys! nanti kalau menang kongsi-kongsilah hadiah dengan saya ye.

Till then,
Assalamualaikum C: